Selepas memenuhi kursus kat kolej, dan medapat diploma. Masa itu, saya pon ingin belajar pereka grafik IT. Atas sebab saya berminat untuk mereka imej gambar bila melihat banyak gambar imej yang cantik atas talian. Tapi kursus ini mahal, tambahan pulak, ayah dah memberi sumbangan untuk diploma saya. Saya pon mencadang untuk berlajar sendiri. Saya pon pergi kedai buku untuk membeli buku rujukan yang diperlukan seperti photoshop, illustrator. Banyak pilihan di kedai buku MPH tu, saya membandingkan harga, pada masa yang sama, saya juga melihat edisi buku mana yang lebih baru berbanding yang lain. Sebelum pergi kedai buku, saya juga buat pencarian maklumat atas talian, mengenai buku-buku yang diperlukan oleh seorang yang baru belajar mengenai pereka grafik imej seperti saya. Jadi, saya agak tau topik buku yang saya memerlukan bila tiba di kedai buku. Selain tu, saya juga melihat mengenai promosi yang ada kat kedai buku tu, untuk mendapatkan harga yang terbaik, walaupun agak memakan masa, tapi, agak berbaloi juga.