Antara nilai yang saya memperoleh dalam projek ini termasuklah nilai bertanggungjawab, tolong-menolong,menghormati , berdiri, dan rajin. Dalam lima nilai tersebut, nilai bertanggungjawab telah membawa mental saya ke paras yang lebih matang. Sebagai ketua kumpulan, saya mempunyai tanggungjawab untuk menugaskan kerja kepada ahli kumpulan saya. Saya perlu menyiapkan tugas sendiri, maka juga perlu memantau kerja ahli kumpulan pada masa yang sama untuk mengumpul kerja masing-masing. Ini merupakan cabaran yang besar kepada saya kerana ini kali pertama saya menjadi ketua kumpulan sebuah projek, masa perlu diuruskan dengan bagus agar latihan dan pengulangkajian subjek lain tidak akan terbabit. Nilai bertanggungjawab amat penting semasa kita berada di masyarakat kerana ini adalah pandangan penyelia kepada kita. Imej yang baik membolehkan kita mendapat kepercayaan daripada tauke dan mendapat pekerjaan yang stabil dan gaji yang lebih tinggi.