Kesemua jenis tema ini merupakan tunggak kekuatan utama syarikat terutamanya konsep kek perkahwinan ekoran daripada para pesaing yang tidak memiliki konsep kek perkahwinan tersebut kerana tema kategori ini merupakan satu inovasi dan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kami sendiri. Tema jenis ini sesuai di praktikkan di tempat perkahwinan sebegini memerlukan kek yang sesuai dengan suasananya. Kami akan menyediakan cup kek sebagai satu hadiah kecil kepada tetamu perkahwinan. Kepada pelanggan yang inginkan tema yang sedemikian bolehlah mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada syarikat kami dengan bayaran harga yang berpatutan.