Tabiat suka membaca ialah amalan mulia. Saya suka membaca buku cerita, akhbar dan majalah. Bahan-bahan ini boleh didapati di pusat sumber sekolah atau kedai buku. Saya selalu meminjam buku-buku di pusat sumber sekolah.
Masa umpama emas dan sangat berharga. Aktiviti membaca bukan sahaja boleh untuk mengisi masa lapang, malahan boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.
Melalui aktiviti membaca, saya juga boleh berhibur. Bahan bacaan ringan seperti majalah dan komik dapat merehatkan pemikiran kita.
Kesimpulannya, membaca banyak faedahnya. Sikap membaca haruslah ditanamkan dalam diri kita dari bangku sekolah rendah lagi.