Sebagai penutup bicara,semua pihak yang telah diamanahkan perlu berganding bahu menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing agar hasilnya mendapat kebaikan. Sekiranya isu ini dapat diuruskan dengan baik ,sudah pasti Malaysia mampu duduk sebaris dengan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea ibarat duduk sama rendah,berdiri sama tinggi. Seterusnya,visi kudsi 2020 yang merupakan buah fikiran mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Mohammad mampu direalisasikan.