Perbelanjaan terkini berlaku 2 minggu lepas apabila komputer riba saya terjatuh dari meja. Skrin computer telah retak dan tidak boleh digunakan lagi. Saya membuat keputusan untuk membeli komputer riba yang baru sebab komputer memang diperlukan untuk pekerjaan saya. Saya melayari laman sesawang Dell untuk memilih komputer riba yang baru. Setelah melihat beberpa contoh, saya membuat keputusan untuk membeli Dell Inspiron 15 5000 series. Saya memilih model ini kerana harganya berpatutan dengan hardware yang dibekalkan. Kelajuan processor adalah i5, mempunyai RAM yang tinggi (8G), skrin besar(15"), hard disc sang besar (1TB). Saya tidak memilih 3000 series kerana processor i3 yang tidak laju ataupun 7000 series kerana harganya terlalu mahal. Saya membeli dengan kad kredit dan diluluskan dengan serta merta. Komputer tesebut dapat dihantar dengan cepat iaitu dalam masa 2 minggu dari hari pembelian dan saya sangat berpuas hati degan produk ini.