Disebabkan tekanan kerja yang tinggi, saya selalu tidur lewat dan makan makanan yang tidak seimbang. Oleh itu, kesihatan saya selalu terjejas dan saya rasa snagat letih, tidak bermaya dan tidak bersemangat. Ahli keluarga saya mula bimbang dengan kesihatan saya dan mencadangkan saya makan makanan supplement. Oleh itu saya telah pergi ke Caring Farmasi berdekatan degan rumah sya. Selepas mendengar pengalaman saya, ahli farmasi di Caring telah mengesyorkan vitamin Surbex yang merupakan vitamin B complex+ zinc. Beliau menjelaskan bahawa vitamin B complex dapat membantu dalam penghasilan tenaga dan pemprosesan makanan dalam badan. Vitamin B juga boleh membuatkan kita berasa lebih crgas dan kurang letih. Beliau mengesyorkan makan 1 tablet sekali sehari. Walaubagaimanapun, selepas makan Surbex, air kencing kita mungkin akan lebih kuning dari biasa sebab Vitamin B berlebihan akan dibuang keluar dalam air kencing. Selepas makan Vitamin Surbex selepas beberapa minggu, saya memang berasa lebih cergas dan kurang mengantuk.