Cuaca di tempat saya agak baik. Terdapat air terjun,sawah padi dan tasik disekitarnya walaupun ada yang terletak agak jauh. Kemudahan asas juga sangat mencukupi. Kawasan kejiranan saya amat baik dan peramah. Mereka suka tolong menolong antara satu sama lain. Kami bergaul dengan pelbagai etnik, bangsa dan agama. Kami tiada isu perkauman. Kami sentiasa hidup dalam keaadaan damai. Ada juga perkara yang saya kurang berkenan apabila ada segelintir pihak yang tidak suka bercampur dengan orang dan saling salah menyalahi.mereka juga sangat mengambil berat tetapi terdapat setengah perkara yang mereka sepatutnya tidak perlu ambil tahu.