1. Haji Abdul Rahman Limbong, seorang ulama menentang British di Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang undang tanah yang diperkenalkan oleh British.
2. Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.
3. Pada tahun 1925 pula, kira kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III yang meliputu kawsan dari Lubuk Batu Hingga Kampung Pelam.
4. British yang bimbang dengan situasi tersebut telah meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah untuk meyuraikan perhimpunan penduduk tersebut.
5. Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928.
6. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya.
7. Kumpulan penduduk di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menungggu arahan untuk menyerang British.
8. Dengan menggunakan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah Sultan untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.
9. Cara tersebut amat berkesan kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada Sultan.
10. Sepasukan polis dengan anggota seramai 25 orang telah menyerang Kuala Terengganu dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan yang telah mengorbankan 11 orang.
11. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.Beliau akhirnya dibuang negeri ke Makkah.