Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, untuk makluman para hadirin sekalian, saya baru tiba dari menghadiri siding kemuncak ASEAN ke 24 di Nopido Myammar, walaupun persidangan ASEAN tersebut belum lagi tamat tapi saya telah ambil keputusan untuk meninggalkan persidangan tersebut kerana saya amat saying kepada parti UMNO kita ini. Saya amat insaf bahawa siapalah saya tanpa UMNO dan saya percaya tuan-tuan pun mempunyai perasaan yang sama dengan saya kerana tanpa UMNO tidak mungkin kita berkuasa, tidak mungkin kita mempunyai jawatan dalam kerajaan dan tidak mungkin kita mempunyai masa hadapan yang menyakinkan.