Dalam masa yang sama beliau juga dilihat meneruskan dasar yang mengutamakan keamaman serantau dan sejagat melalui kerjasama dengan semua negara asing.
Kedua-dua dasar ini adalah penting dan ditekankan oleh Najib pada forum-forum antarabangsa, pertemuan serta perbincangan dengan ketua-ketua negara asing ketika lawatan ke luar negara.
Malah, kedua-dua dasar tersebut bukanlah sekadar ucapan yang dilafazkan Najib tetapi diikuti dengan membuktikan komitmen bersungguh-sungguh oleh kerajaan Malaysia yang dipimpinnya. Ini dapat dilihat melalui perjanjian bersama dan kerjasama dua hala dan pelbagai hala, agar wujud sikap saling percaya mempercayai.