dengan segala hormatnya merujuk kepada di atas.
2.bimakluman bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 disember 2014.bagi memastikan permohonan BR1M tuan/puan dapat diproses dengan sempurna,sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:
1.maklumat pasangan/tanggungan;
2.Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;
3.maklumat akaun bank pemohon.Untuk makluman,pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kail setahun.justeru itu,tuan/puan dinasihatkan aga dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan/puan.Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampiran;dan
4.Untuk makluman,penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian.Oleh itu,pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.