(2) Fi yang kena dibayar bagi lesen establismen hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima.
(3) Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu lesen kepada establismen dan menyimpan establismen berlesen itu dalam Daftar bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran lesen melainkan jika lesen itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa sebelum habis tempohnya. Pembaharuan lesen establismen
13. (1) Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen establismen hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa tidak lewat daripada satu tahun sebelum habis tempohnya dalam borang yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa dan hendaklah disertakan dengan yang berikut—
(a) fi permohonan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;
(b) dokumen atau maklumat seperti yang dinyatakan dalam borang yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa; dan
(c) apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa.
(2) Apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan lain yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 1(c) hendaklah disediakan oleh establismen dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permintaan oleh Pihak Berkuasa.
(3) Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa semua kehendak bagi pembaharuan lesen establismen telah dipenuhi, Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan permohonan dan boleh meluluskan atau menolak permohonan itu dan hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis keputusannya.
(4) Fi yang kena dibayar bagi pembaharuan lesen establismen hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima.
(5) Pihak Berkuasa hendaklah memperbaharui lesen establismen dan menyimpan establismen dalam Daftar bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pembaharuan lesen melainkan jika ia dibatalkan oleh Pihak Berkuasa sebelum habis tempohnya.