Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian
•Takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.
•Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu.