FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila
ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung
dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat
dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun
dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan
alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat
dan membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.