Latar belakang projek
1、lembangan sungai muar dengan keluasan tadahan 6138km2 merangkumi negeri Sembilan,Melaka,Pahang dan johor.
2、Lembangan sumgai muar terutamanya Bandar segamat,pagoh dan gemas
Seringkali mengalami kejadian banjir sejak dari tahum 1920an dengan
Magnitude yang berbeza.
3、kejadian banjir yang berlaku pada tuhun dis 2006-jan 2007 dan jan 2011
Merupakan yang terburuk di dalam sejarah dan telah mendapat liputan meluas
Pihak media serta menimbulkan pelbagai reaksi orang awam.
4、Kawasan yang teruk ditenggelami air adalah kawasan perumahan,pusat
Komersial dan persekolahan. Paras air yang setinggi melebihi 1.5m-5.0m
Telah mengakibatkan seramai 30441 orang dipindahkan pada kejadian
Banjir disember 2006 dan seramai 5611 orang pada januari 2007.
Begitu juga sekolah-sekolah terpaksa ditutup beberapa hari. Kejadian
Banjir tahun 2011 melibatkan mangsa perpindahan seramai 21158 orang
Di daerah segamat dan 10688 orang di daerah muar.