Tekanan ekonomi turut memainkan peranan menimbulkan rasa tidak puas hati. Sekitar tahun 1928-29, harga barangan keluaran hutan dan getah mulai jatuh. Kejatuhan harga bahan ini menyulitkan orang Iban menyara kehidupan mereka. Kerajaan Brooke pula tidak berpeluang untuk menerangkan bahawa naik-turun harga barangan adalah di luar kawalan kerajaan.Bagaimanapun sukar untuk memastikan kejatuhan harga getah menyebabkan orang Iban menentang kerajaan kerana pekebun kecil Melayu dan Cina lebih ramai menerima kesan. Bilangan pekebun kecil getah Melayu dan Cina melebihi orang Iban. Kekecewaan politik nampaknya lebih mendorong orang Iban menentang kerajaan Brooke.