Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat berhimpun di dalam dewan yang sarat dengan sejarah ini untuk sekali lagi menyambut ulangtahun parti keramat kita, parti UMNO yang kita kasihi ini.
Saya bagi pihak Majlis Tertinggi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat yang berkesempatan untuk hadir memeriahkan sambutan ulangtahun kita yang ke-68 ini. Saya turut juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kita, presiden-presiden dan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional yang dapat bersama-sama untuk berkongsi perasaan kegembiraan kita menyambut ulangtahun parti UMNO ini.