Adik-adik hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat sepanjang masa.Salah satu amalan baik ialah pengambilan pemakanan sihat setiap hari.Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan,kecergasan dan kecantikan tubuh badan kita.Amalan pemakanan sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis,sakit jantung,kanser dan menikmati pelbagai jenis makanan mengikut kadar keperluan zat makanan.Hal ini penting untuk badan yang sihat,cergas dan bertenaga.