HUbungan keluarga adalah sangat rapat sekali.Saya sebagai Anak lelaki sulung bertanggungjawab keatas 4 adik beradik yang lain kerana ayah sudah meninggal dunia.Pada hari raya baru-baru ini,kami semua berkumpul di rumah ibu di kampung bagi menyambut dan meraikan hari raya bersama.Saya mempunyai 5 orang anak dan adik beradik yang lain masing-masing mempunyai 3 orang anak.Suasana amat kecoh sekali apabila sekali-sekala bertemu muka bersama terutama anak-anak kami.Kami bercerita tentang kehidupan masing-masing.Semuanya perkara yang menggembirakan sahaja.Buat masa ini tiada masalah dalam keluarga kami dan kami amat bahagia sekali.