Permohonan anda untuk memohon rumah mampu milik negeri Johor berjaya disimpan. Namun anda perlu membuat pengesahan dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan. Borang-borang itu adalah :
1 Salinan MyKad pemohon & pasangan
2 Salinan Kad Orang Kelainan Upaya (OKU)
3 Salinan sijil kelahiran pemohon, pasangan dan anak-anak
4 Salinan sijil nikah/pendaftaran perkahwinan/penceraian/kematian
5 Surat Akuan Sumpah bagi pemohon yang berkahwin mengikut adat / yang tidak berdaftar perkahwinan
6 Laporan Polis & Akuan Sumpah bagi yang ditinggalkan pasangan
7 Bukti tempoh menetap lima (5) tahun di Negeri Johor bagi pemohon luar Negeri Johor (salinan surat beranak anak / surat pengesahan sekolah anak / salinan buku akaun bank / salinan Pasport)
8 Salinan slip gaji 3 bulan terkini dan surat pengesahan majikan (asal) bag pemohon & pasangan
9 Sertakan Daftar Syarikat (SSM), Penyata KWSP dan surat akuan sumpah menyatakan pekerjaan dan pendapatan bagi pemohon & pasangan yang bekerja sendiri
10 Salinan Permit Kerja (bagi pemohon & pasangan yang bekerja di luar negara)
11 Salinan kad pelajar dan akaun bank bagi pemohon yang sedang belajar
12 Salinan akaun bank / Kad Pesara bagi pemohon yang berumur melebihi 55 tahun
13 Lampirkan salinan hakmilik (geran) bagi yang memiliki harta
14 Akuan sumpah pemohon sepertimana dilampirkan