Seperti kami sekeluarga hampir kesemuanya tinggal berdekatan. Seperti saya ibu saya tinggal dihadapan saya sahaja maksud saya berjiranan dengan kami sekeluarga, jadi lebih mudah untuk kami melawat ibu ketika masa lapang. Baru baru ini kami menyambut hari raya aidilfitri . Sanak keluarga dari utara selatan berkumpul di hari bahagia. Kelihatan ceria muka ibunda dikala anak2 pulang dihati lebaran. Selepas solat raya kami sekeluarga bersarapan bersama dengan hidangan ketupat rendang, Lodeh dan sambal jadi juadah. Selesai sarapan kami sekeluarga bersalaman sling bermaafan disamping anak2 kecil mendapat duit raya. Sungguh meriah walaupun dengan tangisan gembira. Selesai bergurau bersalaman dan bergambar kami bergerak untuk beraya dirumah keluarga yang lain.ia berlanjutan sampai kemalam. Pada hari raya kedua kami berkemas untuk beraya di utara di kampung sebelah isteri pula. Sama seperti raya pertama ia juga berlanjutan sampai kemalam.