Berdasarkan fakta dalam Jadual 3.3, jelas menunjukkan bahawa kekuatan dominasi dan kawalan utama ekonomi Malaysia adalah di tangan etnik bukan Melayu, iaitu pemilikan asing dan bukannya pada komuniti Cina. Oleh hal demikian, kerajaan memperkenalkan DEB dengan matlamat mengurangkan kedudukan pemilikan asing dalam negara. Akhirnya, penjelasan yang diterima pakai kepada punca berlakunya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969 ialah ketakseimbangan ekonomi antara
kumpulan etnik. Justeru, pertimbangan faktor etnik menjadi dasar yang dibentuk bagi menyelesaikan masalah agihan ekonomi dalam memastikan golongan bumiputera Melayu tidak keciciran dalam meningkatkan penguasaan ekonomi seiring dengan etnik lain di negara ini. Dalam pelaksanaan DEB, dasar campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk menaikkan pendapatan masyarakat bumiputera Melayu dengan tujuan untuk mengurangkan kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar. Di samping itu, kerajaan menyasarkan pegangan ekuiti dalam sektor korporat ditingkatkan daripada 2.4 peratus kepada 30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu, pegangan ekuiti oleh etnik Cina dibenarkan sehingga 40 peratus, tetapi pegangan ekuiti oleh golongan asing akan dikurangkan kepada 30 peratus. DEB diperkenalkan untuk membanteras aspek kemiskinan rakyat Malaysia dan menstrukturkan semula masyarakat sehingga dapat menangani pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi (Rancangan Malaysia Kedua1971-1975).
Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) turut memberi panduan yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2 menggalurkan hasrat kerajaan mewujudkan satu MPPB dalam satu tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan dan latihan, mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di bandar-bandar, mengadakan usaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasaran, menggalakkan penubuhan perusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap etnik Melayu agar cenderung ke arah membentuk budaya perniagaan dan perusahaan. Latar belakang pengwujudan MPPB adalah imbasan daripada pelaksanaan DEB yang dimulakan pada RM Ke-2 yang menekankan dua strategi utama. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan ketakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Sungguhpun sistem nilai dan sikap bumiputera telah mengalami perubahan positif dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, namun golongan usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya niaga baik serta semangat bekerja yang gigih. Sepanjang pelaksanaan DEB menunjukkan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha menaikkan status ekonomi dalam kalangan etnik Melayu. Pelbagai insentif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dalam kalangan pengusaha Melayu. tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta menjalankan perniagaan sendiri sebagai pengusaha apabila mengumpulkan modal yang secukupnya. Bagaimanapun, kemajuan yang ditunjukkan oleh etnik Melayu dalam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan masih belum dapat menjadi ukuran kepada pencapaian matlamat kerajaan yang sebenarnya. Dalam aspek ekonomi politik, sememangnya kerajaan mengamalkan dasar campur tangan dengan melaksanakan DEB dengan harapan dapat memenuhi pencapaian ekonomi mampan antara bumiputera dengan bukan bumiputera seterusnya merapatkan jurang dan memenuhi hasrat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, terdapat pelbagai
langkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Di samping itu, matlamat DEB adalah ke arah mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi keutamaan kepada etnik Melayu dan juga bumiputera lain yang ketinggalan dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Oleh itu, DEB dianggap sinonim dengan perpaduan nasional dalam membetulkan ketakseimbangan ekonomi antara etnik (Mauzy 1997). Melalui DEB kerajaan mengandaikan sekiranya jurang ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dikurangkan, maka ketegangan dan konflik antara etnik akan dapat dielakkan, dan seterusnya pendekatan ini akan membantu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
基于表 3.3,清楚地表明强度的关键控制和统治马来西亚的经济是在民族非马来人,即外国所有权的手中,而不是在华人社区中的事实。通过案例,因此,政府推出,目标是减少在该国的外国所有权地位 DEB。最后,通过了的解释使发生的种族骚乱在 1969 年 5 月 13 日是经济 ketakseimbangan 之间族裔群体。因此,种族因素的政策旨在解决经济分布在确保的土著马来人在做不辍学问题的考虑到改进与其他群体在该国经济。在实现新经济政策的过程中,政府干预政策旨在提高土著马来人的收入为减少贫困,尤其是在农村地区。此外,政府的目标在企业界到 1990 年增加从 2.4%降至 30%的股权。与此同时,股权由华裔允许高达 40%,但由外国集团的股权将减少至 30%。介绍了 DEB,打击贫穷方面的马来西亚人并构建社会如此,通过经济的民族识别处理功能 (第九马来西亚计划 Kedua1971-1975 年)。 Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) turut memberi panduan yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2 menggalurkan hasrat kerajaan mewujudkan satu MPPB dalam satu tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan dan latihan, mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di bandar-bandar, mengadakan usaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasaran, menggalakkan penubuhan perusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap etnik Melayu agar cenderung ke arah membentuk budaya perniagaan dan perusahaan. Latar belakang pengwujudan MPPB adalah imbasan daripada pelaksanaan DEB yang dimulakan pada RM Ke-2 yang menekankan dua strategi utama. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan ketakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Sungguhpun sistem nilai dan sikap bumiputera telah mengalami perubahan positif dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, namun golongan usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya niaga baik serta semangat bekerja yang gigih. Sepanjang pelaksanaan DEB menunjukkan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam usaha menaikkan status ekonomi dalam kalangan etnik Melayu. Pelbagai insentif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dalam kalangan pengusaha Melayu. tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta menjalankan perniagaan sendiri sebagai pengusaha apabila mengumpulkan modal yang secukupnya. Bagaimanapun, kemajuan yang ditunjukkan oleh etnik Melayu dalam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan masih belum dapat menjadi ukuran kepada pencapaian matlamat kerajaan yang sebenarnya. Dalam aspek ekonomi politik, sememangnya kerajaan mengamalkan dasar campur tangan dengan melaksanakan DEB dengan harapan dapat memenuhi pencapaian ekonomi mampan antara bumiputera dengan bukan bumiputera seterusnya merapatkan jurang dan memenuhi hasrat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, terdapat pelbagailangkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Di samping itu, matlamat DEB adalah ke arah mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi keutamaan kepada etnik Melayu dan juga bumiputera lain yang ketinggalan dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Oleh itu, DEB dianggap sinonim dengan perpaduan nasional dalam membetulkan ketakseimbangan ekonomi antara etnik (Mauzy 1997). Melalui DEB kerajaan mengandaikan sekiranya jurang ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dikurangkan, maka ketegangan dan konflik antara etnik akan dapat dielakkan, dan seterusnya pendekatan ini akan membantu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
正在翻譯中..
