Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chett的繁體中文翻譯

Masyarakat Hindu Peranakan yang jug

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.

Sejarah ada membuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurusniaga. Menurut seperti apa yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan 'keling' adalah berasal dari 'Kaling Gappatinam' atau 'Kalinggam' yang dikenali sebagai Benua Keling.

Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan ugama Hindu di Alam Melayu ini, ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan di negara ini kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut tetamu dan pakaian tradisional mereka. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang-orang Melayu iaitu nasi. Namun terdapat juga makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada hari-hari kebesaran ugama atau perayaan. Makanan itu ialah tause dan itali. Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.

Masyarakat 'India Chetti' ini menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Adalah dipercayai perayaan ini turut disambut oleh masyarakat India tetapi bagi masyarakat Chetti ia bermula lebih awal. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margli (13 Januari) yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu dipanggil 'Paru' atau 'Bogi' (bermulanya perayaan Ponggol).

Pada hari tersebut masyarakat Chetti akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Ia disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan tersebut kerana ia perlu disiapkan dengan penuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak kerana adalah dikhuatiri jika mereka melanggar pantang larang ini arwah nenek moyang mereka akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka. Manakala wanita yang sedang mengalami haid pula, tidak dibenarkan memasak kerana ia menjadi pantang larang dalam menyediakan makanan itu untuk roh dan nenek moyang dan sudara mara mereka yang telah meninggal dunia.

Masyarakat Chetti akan bersembahyang setiap hari sepanjang bulan Margli sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akan membasuh lantai di depan rumah dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai tanda kesyukuran ketika sembahyang arwah. Bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagi masyarakat Chitty kerana pada minggu terakhir mereka beramai-ramai akan pergi ke kubur nenek moyang masing-masing untuk bersembahyang dan membersihkan kawasan persekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu daripada nenek moyang mereka supaya keamanan serta perpaduan sentiasa terjalin di dalam keluarga.

Pada hari pertama bulan Thai (14 januari) pula masyarakat Chetti akan menyambut perayaan 'Bitthu Ponggol" iaitu rumah terbuka kepada sanak saudara dan sahabat handai. Para tetamu akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti dodol, wajik, koya kacang, kanda kasturi, bahulu, kuih belanda, kuih bangkit, halwa dan sagun yang menjadi kegemaran masyarakat Chitty.

Walaupun masyarakat Chetti adalah kaum minoriti perpaduan dan sikap kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan seperti itu. Kemeriahan pastinya terbayang di wajah penduduk perkampungan seperti di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Untuk menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru, beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban kepala), menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolem.

Namun kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Chetti Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya melalui datuk nenek mereka. Jika generasi muda ini tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri akan pupus ditelan zaman.
0/5000
原始語言: -
目標語言: -
結果 (繁體中文) 1: [復制]
復制成功!
印度教社會也稱為土生華人社區 Chetti 麻六甲是少數印度社區在麻六甲唯一一個群集。這個社會不應等同社區 chettier 領域的貸款,但它是印度教與當地的馬來人、 華人和其他人之間的通婚形成的社區。歷史證明,印度商人經常往返麻六甲為貿易目的因為麻六甲很忙作為貿易的中心,吸引交易者主要來自印度南部。因為太多的印度商人集中到麻六甲,麻六甲,當時的統治者提供了放置到他們的生活稱為 '甘榜科淩' 以方便商人參與工作。什麼 Hikayat 馬來文的掛漢都亞的歷史書中指出,'淩' 一詞被從 '劇 Gappatinam' 或 'Kalinggam',這被稱為大陸的名稱。基於歷史的因素和發展的印度教在馬來世界、 特色的文化和藝術協會 '印度 Chetti' 這幾乎包括文化在這個國家因為他們也練習異族通婚,海關接待和他們傳統的衣服。例如,傳統的服裝有些更類似于馬來人和本機長 bersanggul 三個女人而她其他手 berkain 貼紙、 短衣,一副馬來人和窗簾像布頭巾 talapa 即為密切的頭。因為他們的生活都受環境和互動與當地社區,那麼他們也就像馬來人的主食是米飯。但也是一種傳統食品,他們通常送達宗教節日或慶典活動。食物都是 tause 和義大利。這兩種這些食物製成大米浸泡和精細。'社區' 是印度 Chetti 信奉印度教。他們是忠實的擁護者和堅持的戒律和禁忌。今天是一天當祖先和他們的主他們 Ponggol 感恩節。據說印度社會也慶祝這個節日,但社會的 Chetti 起步較早。慶祝活動開始上個月 Margli (1 月 13 日),這意味著開花月的最後一天和當天稱為 '肺' 或 'Bogi' (節日 Ponggol 開始)。社會會做飯傳統 Chetti 他們喜歡椰漿飯 ikan 巴朗蒸 berlauk 平頂山、 醬三巴茄子、 黃瓜、 蝦、 油、 水菠菜炒 urap,油炸花生油、 醃的辣椒、 三巴澤油。它提供約七夕前三天,因為它 menjelangnya 要認真完成。那些不做飯的人可以聊天,感到他們做飯,因為它擔心如果他們違反禁忌的已故的祖先他們將譴責並給帶來災難的食物他們的家庭。而正在經歷月經的婦女,烹飪不允許,因為它成為了那些死了的人提供精神和祖先和蘇德拉馬拉的食物禁忌。Chetti 社區整個月的 Margli 在日出之前每天都祈禱,而女人會洗地板在房子的前面,播種鮮花和在祈禱晚放前活煤作為標誌的感激之情。本月也忙碌的一個月,工委社區因為在他們上個星期的大屠殺將轉至墳墓它們各自的祖先祈禱並清潔周邊地區涉及旨在問他們的祖先的祝福,和平與團結總是在家庭中普遍存在。泰國 (1 月 14 日) 這個月的第一天在另一方面社區將慶祝的節日 ' Chetti Bitthu Ponggol"哪些開放給親人和朋友的房子。客人將配傳統粿 wajik、 dodol、 高野堅果、 神田卡斯圖裡、 bahulu、 粿、 粿 bangkit、 荷蘭乾等齊全的社區基層奇蒂。雖然社區 Chetti 是少數群體和團結占上風時家庭那樣舉行的慶祝活動。活潑,肯定以為之前面對如大象水獺村的居民因為他們的兄弟返回聚集他們家庭的和睦。要打開或保持儀式在新的一代當中,幾場比賽舉行作為綁定 Talapa (頭巾頭),椰子葉編織 (mateh)、 栓 (Sarem) 和繪圖 Kolem。如今,大多數的社區功能少 Chetti 的年輕一代認識到他們的風俗習慣。只有少數幾個人知道通過他們的父親。如果年輕一代不暴露的傳統的文化儀式的最終恐怕已經滅絕的時間。
正在翻譯中..
 
其它語言
本翻譯工具支援: 世界語, 中文, 丹麥文, 亞塞拜然文, 亞美尼亞文, 伊博文, 俄文, 保加利亞文, 信德文, 偵測語言, 優魯巴文, 克林貢語, 克羅埃西亞文, 冰島文, 加泰羅尼亞文, 加里西亞文, 匈牙利文, 南非柯薩文, 南非祖魯文, 卡納達文, 印尼巽他文, 印尼文, 印度古哈拉地文, 印度文, 吉爾吉斯文, 哈薩克文, 喬治亞文, 土庫曼文, 土耳其文, 塔吉克文, 塞爾維亞文, 夏威夷文, 奇切瓦文, 威爾斯文, 孟加拉文, 宿霧文, 寮文, 尼泊爾文, 巴斯克文, 布爾文, 希伯來文, 希臘文, 帕施圖文, 庫德文, 弗利然文, 德文, 意第緒文, 愛沙尼亞文, 愛爾蘭文, 拉丁文, 拉脫維亞文, 挪威文, 捷克文, 斯洛伐克文, 斯洛維尼亞文, 斯瓦希里文, 旁遮普文, 日文, 歐利亞文 (奧里雅文), 毛利文, 法文, 波士尼亞文, 波斯文, 波蘭文, 泰文, 泰盧固文, 泰米爾文, 海地克里奧文, 烏克蘭文, 烏爾都文, 烏茲別克文, 爪哇文, 瑞典文, 瑟索托文, 白俄羅斯文, 盧安達文, 盧森堡文, 科西嘉文, 立陶宛文, 索馬里文, 紹納文, 維吾爾文, 緬甸文, 繁體中文, 羅馬尼亞文, 義大利文, 芬蘭文, 苗文, 英文, 荷蘭文, 菲律賓文, 葡萄牙文, 蒙古文, 薩摩亞文, 蘇格蘭的蓋爾文, 西班牙文, 豪沙文, 越南文, 錫蘭文, 阿姆哈拉文, 阿拉伯文, 阿爾巴尼亞文, 韃靼文, 韓文, 馬來文, 馬其頓文, 馬拉加斯文, 馬拉地文, 馬拉雅拉姆文, 馬耳他文, 高棉文, 等語言的翻譯.

Copyright ©2024 I Love Translation. All reserved.

E-mail: