sesetengah pihak beranggapan bahawa penagih yang berjaya dipulihkan akan kembali menagih.Tanggapan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu positif dan negatif.Hal ini terpulanglah kepada mereka membuat kesimpulan masing-masing.Setiap penagih telah diberikan nasihat dan bimbingan agama serta kemahiran bagi membolehkan mereka kembali ke pangkal jalan.Segala usaha kerajaan itu hendaklah dihargai dan tidak disia-siakan oleh merek.Semua pihakperlu berganding bahu memberikan peluang kedua kepada segelintir bekas penagih yang telah bertaubat.
Para ibu bapa perlu memberikan keyakinan kepada anak mereka.Akibat sikap negatif beberapa pihak yang enggan memberikan peluang kepada bekas penagih,hampir separuh daripada mereka menagih semula.