Pasukan tentera bukan sahaja berguna untuk menghadapi serangan musuh, tetapi juga berguna untuk memberikan bantuan pada masa kecemasan atau malapetaka. Tenaga perajurit kita dapat dikerah bila-bila masa sahaja. Misalnya, semasa tragedi gempa bumi dan tsunami, pasukan penyelamat tentera telah dikerah untuk menyelamatkan mangsa. Misi kemanusiaan ini amat dialu-alukan oleh negara yang ditimpa bencana tersebut. Malaysia juga sering dilanda banjir. Tentera kita dapat membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat. Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) merupakan pasukan komando yang penting untuk menjalankan tugas yang berbahaya dan yang mencemaskan. Pasukan tentera kita juga dapat menyumbang kepada kebajikan sosial. TUDM, misalnya, sering membuat penerbangan ihsan untuk membawa pesakit yang kronik ke Hospital Kuala Lumpur ataupun Institut Jantung Negara. Para doktor tentera juga memberikan rawatan kesihatan percuma kepada penduduk di kawasan pedalaman. Angkatan tentera kita juga membantu menyediakan kemudahan awam seperti jambatan dan jalan untuk penduduk setempat di kawasan pedalaman. Rumah golongan miskin juga dibina dengan tenaga tentera kita. oleh itu, memang wajar kita meningkatkan mutu ketenteraan kita kerana mereka turut menyumbangkan tenaga pada masa-masa biasa kepada golongan daif dan miskin
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu