(2) Daftar itu hendaklah mengandungi apa-apa perkara lain atau data sebagaimana yang boleh dinyatakan oleh Pihak Berkuasa yang hendaklah mengandungi, tetapi tidak terhad kepada, borang, keperluan teknikal, dokumen panduan, garis panduan dan standard.
Daftar untuk akses awam
22.(1) Daftar hendaklah terbuka untuk akses awam.
(2)Orang awam yang hendak membuat carian atau mendapatkan salinan apa-apa maklumat daripada Daftar hendaklah membuat suatu permintaan kepada Pihak Berkuasa dan hendaklah membayar fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima.
(3)Orang ramai hendaklah dimaklumkan tentang apa-apa pengemaskinian dalam Daftar dari semasa ke semasa melalui apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan wajar oleh Pihak Berkuasa.