Otak cerdas, badan cergas”. Ungkapan ini harus diambil kira oleh saudari. Saudari harus keluar bersenam bagi menyihatkan tubuh badan sekali gus dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit dalam diri kita. Saudari sangat memerlukan persekitaran yang bersih, indah dan tenang agar dapat mengurangkan stress belajar. Kandungan oksigen dalam badan saudari akan stabil apabila saudari bersenam. Dengan ini, saudari tidak akan berasa mengantuk semasa mengulang kaji. Otak saudari akan berfungsi dengan lebih baik dan efektif. Saudari juga perlu mendapatkan rehat yang cukup. Saudari harus tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Saudari tidak akan berasa mengantuk semasa guru mengajar sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya. Hal ini sangat penting supaya saudari tidak ketinggalan apa yang diajar oleh seseorang guru.