Pada hemat saya masalah yang kami hadapi pada tahun tahun 1970 – 1980an dahulu bukan sahaja masih menghantui KTMB malah telah menjadi bertambah teruk. Telah hampir 30 tahun saya meninggalkan KTMB. Kali terakhir saya menaikki tren penumpang dari Gemas ke KL ialah pada enam bulan yang lalu. Saya langsung tidak boleh tidur kerana bunyi bising koc dan perjalanan yang huyung hayang. Bila saya turun di KL Sentral saya rasa macam baru turun dari naik lori barang. Horizontal & Vertical movement koc sangat teruk. Barangkali disebabkan landasan sedang dibaikki kerana pembinaan landasan kembar Gemas – Seremban.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ