Dahulu kita melayari internet menggunakan komputer hanya ditempat-tempat tertentu seperti di pejabat,rumah dan juga cyber cafe kerana tidak mempunya peranti mudah alih seperti laptop,tab dan juga smartphone.Perubahan besar yang kita lalui sekarang adalah kita boleh melayari internet hanya di hujung jari kerana sudah memiliki smartphone, tab dan juga labtop.Segala maklumat kita boleh perolehi dengan cepat dan pantas.Ini amat memberi kebaikan kepada kita semua jika ianya digunakan dengan betul.Disamping memudahkan pencarian maklumat,internet dan peranti mudah alih juga boleh menyebabkan kemusnahan negara dan bangsa jika digunakan dengan cara yang salah seperti menyebarkan berita palsu di aplikasi Whatsup dan juga laman sosial yang lain kerana ianya mudah di akses oleh sesiapa sahaja.