Pihak kami sedang dalam proses meningkatkan paras kolam-kolam perkhidmatan dan akan melaksanakan *Pemulihan Berjadual Bekalan Air* bagi memastikan proses agihan dan pemulihan yang lebih efisien bermula pada hari esok Selasa, 25hb Oktober 2016.
Penjadualan bekalan air dibahagikan kepada 2 Zon. Sebagai permulaan, *Zon 1 akan mendapat bekalan bermula jam 4.00ptg, Selasa 25 Okt 2016* sehingga jam 9.00pagi, Rabu 26 Okt 2016.
Pengiliran seterusnya di *Zon 2 akan bermula pada jam 4.00ptg , Rabu 26 Okt 2016* sehingga jam 9.00pagi , Jumaat 28 Okt 2016 ( 2 hari ) dan diikuti Zon 1 selama 2 hari dan seterusnya.
Sila rujuk *Jadual Pemulihan* untuk butiran lanjut.
Proses pemulihan berjadual ini hanyalah *langkah sementara* bagi membantu mempercepatkan proses agihan dan pemulihan bekalan ke seluruh kawasan serta mengelakkan pengguna mengalami gangguan bekalan air atau terputus bekalan untuk jangka masa yang lama.