Umpamanya dalam persekitaran politik hari ini kita perlu melihat nahawa UMNO tidak boleh terus bergantung semata-mata kepada kawasan luar bandar sahaja. Kita perlu kekalkan sokongan kita di kawasan bandar di samping itu kita melihat bahawa di kawasan bandar, di kawasan semi-urban dan mereka dikatakan sebagai ‘the urban villagers’. Mereka yang mengundi di kampong tetapi berada di Lembah Klang, Pasir Gudang, di kawasan-kawasan bandar ini merupakan kumpulan-kumpulan dan kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian oleh UMNO. Wujudnya kawasan perumahan di bandar tanpa UMNO adalah di antara perkara yang harus diberi perhatian oleh kita semua.