Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat dengan menekankan kepada perkhidmatan berorientasikan pelanggan.
Memastikan hak pelanggan dilindungi dan menghormati kemuliaan insan.
Mengamalkan budaya kerja yang menekankan komunikasi berkesan, perkhidmatan secara professional yang mesra dan semangat kerja berpasukan.
Menitikberatkan keberkesanan kos tanpa mengabaikan rawatan pelanggan dengan memastikan penggunaan sumber yang optima serta mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam proses rawatan.
Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa.
Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya serta pembangunan insan bagi mewujudkan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sebagai organisasi pembelajaran.