Saya ada masalah berkomunikasi dengan org sekeliling. sy rasa bodoh sangat sebab sy tidak mempunyai ramai kawan disebabkan saya tidak pandai bergaul. sy juga lambat 'pickup' dan pemahaman yg lemah apabila ditanyakan soalan oleh sesiapa saja. masa di kolej, saya sering menjadi bahan ejekan oleh rakan sekelas kerana sifat saya yg lambat pickup ni. oleh sebab sy seorang yg tidak pandai berkomunikasi dan lambat pickup, sy tidak pandai mempertahankan diri apabila dikritik dan di ejek oleh mereka. Saya cuma berdiam dan bersabar. Saya sedih dan kadang2 menyalahkan takdir sbb di lahirkan dalam keluarga ini. untuk pengetahuan, sy mewarisi sedikit sebanyak sifat ayah yg juga lemah fikiran dan tidak pandai bergaul. Selain dengan rakan, saya juga mengalami masalah komunikasi dengan ayah, saudara mara dan ipar2 saya. Saya bukannya sombong tetapi tidak tau macam mana memulakan perbincangan, ini menyebabkan sy jadi pendiam. saya perlukan cadangan dan nasihat dari korang semua. TQ