Aktiviti penganiayaan dan penderaan haiwan dapat ditakrifkan sebagai perbuatanyang paling zalim dan merupakan amalan yang tidak wajar wujud dalam diri manusia. Hal inikerana haiwan dikategorikan sebagai makhluk ciptaan tuhan yang lemah dan perlu dilindungi.Sejak kebelakangan ini, kes penderaan terhadap haiwan semakin meningkat dan terdapatsegelintir daripada manusia berpendapat haiwan tidak mempunyai hati dan perasaan. Kumpulanini tidak berupaya untuk melawan dan melindungi diri mereka daripada dianiayai oleh golonganmanusia. Mereka hanya mampu meronta-ronta melaung kesakitan apabila digenggam dandianiayai tanpa dipedulikan oleh manusia. Contohnya seekor anak burung helang hanya mampumenjelirkan lidahnya apabila dicekik oleh manusia dan tidak berdaya untuk melepaskan diridaripada cengkaman manusia tersebut. Kita sebagai insan biasa haruslah ingat bahawa setiapmakhluk ciptaan tuhan mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan dan kita tidak sewajarnyameragut hak mereka demi kepentingan diri sendiri.