Di sekolah, guru-guru harus mendidik murid-murid berkenaan keselamatan makanan seperti merujuk pada tarikh yang tercetak di atas bungkusan makanan sebelum makan atau minum dan menyimpan makanan di tempat yang sesuai iaitu jauhi daripada matahari atau di dalam peti sejuk. Ilmu yang diajari ini dapat menjamin kesihatan remaja dan mereka dapat menyebarkan maklumat-maklumat ini kepada ahli keluarganya atau kawan lain. Selain daripada pihak sekolah, pihak media berperanan menjaga hak pengguna bagi mendapat makanan yang selamat. Suratkhabar, radio dan televisyen merupakan di antara alat pendidikan yang berkesan, kerjasama dengan pihak media merupakan strategi penting bagi memastikan pihak media mempunyai maklumat yang tepat di samping menggalakkan wakil-wakil media untuk menyampaikan mesej-mesej kesihatan.