Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu diperkenalkan setelah kerajan mengenalpasti sumber tenaga fosil negara bagi menjana tenaga (elektrik) semakin berkurangan. Bagi mengurangkan kebergantungan penjanaan tenaga melalui tenaga fosil dan memanjang tempoh jangka hayat sumber tersebut, kerajaan telah mula melihat kepentingan pembangunan tenaga boleh baharu yang mampu menjana tenaga bersih dengan mampan dan berterusan.
Untuk menampung usaha pembangunan ini, kerajaan menjadikan ia sebagai tanggungjawab bersama kerajaan dan pengguna elektrik. Oleh yang demikian, wang bagi menampung usaha pembangunan ini dikutip menerusi Tenaga Nasional Berhad yang mana pelanggannya terdiri daripada pengguna elektrik sendiri.
Walau yang demikian, syarat ditetapkan agar caj tersebut dikenakan kepada pengguna yang berkenaan sahaja. Caj tersebut hanya dikenakan kepada bil elektrik yang mencecah RM 77 dengan kadar penggunaan 300 kW ke atas. Melalui pendekatan ‘pencemar membayar’ (poluters pay) ini, bil yang tidak mencecah jumlah tersebut tidak akan dikenakan caj tersebut.
Caj ini juga secara tidak langsung mendidik orang ramai untuk mengguna elektrik dengan cekap dan berhemah. Pengenaan caj tersebut memberi bukti langsung terhadap kesan kepada alam sekitar dari penggunaan elektrik yang tidak berhemah. Pembayaran kepada KWTBB adalah bagi menampung usaha pembangunan tenaga lestari di Malaysia. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, subseksyen 24(1) Akta TBB harus dibaca bersama-sama dengan perenggan 3(1) P.U. (A) 384 untuk mendapatkan suatu penjelasan yang sepenuhnya. Oleh itu, adalah jelas bahawa peruntukan 1% daripada tariff yang dikenakan dan dipungut oleh TNB daripada pengguna TNB daripada Semenanjung yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj setiap bulan adalah diperuntukkan di bawah undang-undang sepertimana yang dinyatakan dalam subseksyen 24(1) Akta TBB dan perenggan 3(1) P.U. (A) 384. TNB hanya sebagai agent kutipan saja.
*****************************
Tabung Tenaga Boleh Baharu adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy)
Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu (RE Act 2011) pihak Kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap pengguna elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tersebut.
Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcharge dengan kadar 1% terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh pengguna TNB.
Surcharge ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011 .
Kaedah pengiraan Dana Kumpulam Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) ini adalah seperti berikut:
KWTBB = 1% × [(kWh+kW) – Diskaun] (bagi setiap 300 kwh ke atas shj)
KWTBB = RM1026.84 (Bil Semasa April 2012) X 1% = RM 10.27
Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan (SEDA-Sustainable Energy Development Authority) bagi tujuan pembangunan sumber tenaga boleh baharu dibawah skim tarif galakan (feed-in tariff). Pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan tenaga boleh baharu seperti solar dan sebagainya adalah bagi memupuk kesedaran bahawa punca bagi bahan penjanaan sepeti arang batu, gas & minyak yang sedia ada semakin berkurangan dan akan kehabisan jika tidak dikawal penggunaannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web ini : http://seda.gov.my - See more at: http://azfar9897.blogspot.com/2013/12/dana-kumpulam-wang-tenaga-boleh-baharu.html#sthash.WhqgY3m1.dpuf
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu diperkenalkan setelah kerajan mengenalpasti sumber tenaga fosil negara bagi menjana tenaga (elektrik) semakin berkurangan. Bagi mengurangkan kebergantungan penjanaan tenaga melalui tenaga fosil dan memanjang tempoh jangka hayat sumber tersebut, kerajaan telah mula melihat kepentingan pembangunan tenaga boleh baharu yang mampu menjana tenaga bersih dengan mampan dan berterusan. Untuk menampung usaha pembangunan ini, kerajaan menjadikan ia sebagai tanggungjawab bersama kerajaan dan pengguna elektrik. Oleh yang demikian, wang bagi menampung usaha pembangunan ini dikutip menerusi Tenaga Nasional Berhad yang mana pelanggannya terdiri daripada pengguna elektrik sendiri. Walau yang demikian, syarat ditetapkan agar caj tersebut dikenakan kepada pengguna yang berkenaan sahaja. Caj tersebut hanya dikenakan kepada bil elektrik yang mencecah RM 77 dengan kadar penggunaan 300 kW ke atas. Melalui pendekatan ‘pencemar membayar’ (poluters pay) ini, bil yang tidak mencecah jumlah tersebut tidak akan dikenakan caj tersebut. Caj ini juga secara tidak langsung mendidik orang ramai untuk mengguna elektrik dengan cekap dan berhemah. Pengenaan caj tersebut memberi bukti langsung terhadap kesan kepada alam sekitar dari penggunaan elektrik yang tidak berhemah. Pembayaran kepada KWTBB adalah bagi menampung usaha pembangunan tenaga lestari di Malaysia. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, subseksyen 24(1) Akta TBB harus dibaca bersama-sama dengan perenggan 3(1) P.U. (A) 384 untuk mendapatkan suatu penjelasan yang sepenuhnya. Oleh itu, adalah jelas bahawa peruntukan 1% daripada tariff yang dikenakan dan dipungut oleh TNB daripada pengguna TNB daripada Semenanjung yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj setiap bulan adalah diperuntukkan di bawah undang-undang sepertimana yang dinyatakan dalam subseksyen 24(1) Akta TBB dan perenggan 3(1) P.U. (A) 384. TNB hanya sebagai agent kutipan saja.*****************************Tabung Tenaga Boleh Baharu adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy)Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu (RE Act 2011) pihak Kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap pengguna elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tersebut. Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcharge dengan kadar 1% terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh pengguna TNB.Surcharge ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011 . Kaedah pengiraan Dana Kumpulam Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) ini adalah seperti berikut: KWTBB = 1% × [(kWh+kW) – Diskaun] (bagi setiap 300 kwh ke atas shj) KWTBB = RM1026.84 (Bil Semasa April 2012) X 1% = RM 10.27 Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan (SEDA-Sustainable Energy Development Authority) bagi tujuan pembangunan sumber tenaga boleh baharu dibawah skim tarif galakan (feed-in tariff). Pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan tenaga boleh baharu seperti solar dan sebagainya adalah bagi memupuk kesedaran bahawa punca bagi bahan penjanaan sepeti arang batu, gas & minyak yang sedia ada semakin berkurangan dan akan kehabisan jika tidak dikawal penggunaannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web ini : http://seda.gov.my - See more at: http://azfar9897.blogspot.com/2013/12/dana-kumpulam-wang-tenaga-boleh-baharu.html#sthash.WhqgY3m1.dpuf
正在翻譯中..