Antara langkah mengekalkan kedaulatan negara adalah bermula daripada diri pemimpin sendiri. Pemimpin yang cemerlang ialah seorang yang amanah dalam memikul tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk pemerintahan negara. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri mahupun ahli keluarga. Sebaliknya seorang pemimpin harus memberi keutamaan kepada rakyat. Hal ini kerana rakyat telah memberi kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pemimpin bagi mentadbir negara dengan adil dan saksama. Pentadbiran yang berjaya akan mengekalkan kedaulatan negara yang sekian lama dikecapi.