tempat tinggal saya di rawang, dekat bandar country homes. rumah saya adalah 2 tingkat berteres. sekarang kawasan ini sudah berpotensi untuk dibangunkan sebab semakin banyak penduduk berpindah ke sini dengan tujuan kos rumah yang rendah berbanding dengan rumah di kawasan klang valley. sini ada jusco aeon yang sudah siap beberapa tahun lalu, tempat ini menjadi tumpuan penduduk di sekitar untuk dikunjungi. sekarang ekonsave juga dibina dekat pasar rawang memudahkan penduduk di sekitar untuk belian barang gunaan harian. jiran saya sebelah adalah keluarga orang cina manakala sebelah lagi adalah keluarga india. tiada perselisihan antara satu sama lain, kadang kala kita bersalam pada waktu pagi sebelum pergi kerja atau berjalan-jalan pada waktu petang.