Selain itu,semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.