Secara kesuluruhan projek Lego Technic ini akan menghasilkan satu projek yang berguna serta berkesan kepada kakitangan syarikat dan pelanggan. Ia juga dapat memberi kemudahan kepada pelanggan, contohnya melihat profil syarikat dengan lebih mudah, melihat projek yang pernah dibuat, membuat perjanjian projek dengan lebih sistematik dan teratur. Untuk membina laman web ini adalah sukar kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang rekaan web, oleh itu kami perlu membuat banyak carian melalui internet, buku-buku rujukan dan juga perlu mengkaji contoh-contoh laman web syarikat-syarikat besar bagi membolehkan kami mempraktikkan sistem yang sesuai digunakan dalam membina laman web ini. Sebelum membina laman web ini, kami membuat kajian tentang cara untuk membina laman web dan sistem yang sesuai untuk syarikat Pace Design Architects. Dari kajian yang dibuat, kami dapat merancang apa yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan laman web kami ini sebagai satu laman web dan sistem yang interaktif dan menarik.