Kenangan yang membuat saya paling positif ialah apabila saya menaiki kapal terbang pada kali yang pertama. Untuk berjumpa orang yang saya cinta, saya mengumpul duit angpow saya untuk membeli tiket penerbangan kat Taiwan. Saya mencari atas talian, melalui laman syarikat penerbangan dan melalui servis talian, tapi kebanyakkan nya mahal. Akhirnya, saya menjumpai ada orang yang jual tiket penerbangan dalam linkungan bajet saya di forum lowyat. Saya pun berjumpa dengan orang tu dan meblei tiket syrat tu dengan wang tunai. Saya berasa gembira pada hari penerbangan tiba, kali pertama kunjung ke KLIA, berasa gementar, tapi nasib baik semua ok. Bila kapal terbang sampai, saya pon tangkap gambar kapal terbang tu sebagai kenangan. Bila sampai masa masuk, peragawati menyeru dengan sopan, saya pon duduk kat tempat duduk saya. Saya rasa gementar sebab saya seorang yang gayat tinggi, tapi nasib baik, saya tidak muntah dan pening bila kapal terbang naik keatas langit. Dengan pemandangan udara yang cantik, makanan, dan servis semunya ok, saya amat gembira. Mulai hari tu, saya menjadi minat terhadap menaiki kapal terbang.