Penerbit UPM ditubuhkan pada tahun 1977 selari dengan perkembangan penubuhan Universiti Putra Malaysia (UPM). Misi penubuhan Penerbit UPM untuk menyokong usaha universiti ke arah kecemerlangan akademik dan kesarjanaan ilmu melalui penerbitan di peringkat nasional dan antarabangsa.