Di Mataku
Medium untuk ber'syok' sendiri..
Monday, August 27, 2012
Karangan SPM Kesan Penggunaan Telefon Bimbit
Ini hasil kerja aku ya! Bukan tiru. So, kalau nak cilok bagitau la dulu. Hee :)
Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon pintar. Persoalannya, adakah telefon bimbit memberi implikasi baik ataupun impak negatif terhadap masyarakat?
Penggunaan telefon bimbit sudah semestinya banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan. Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat merapatkan silaturahim sama ada dengan rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 3G, kita dapat membuat membuat panggilan video kepada orang tersayang. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara.
Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Pertama, kebanyakan orang yang menggunakan telefon bimbit tidak menggunakannya untuk kebaikan. Hal ini demikian kerana ramai yang menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk tujuan menghantar pesanan ringkas yang tidak berguna seperti memikat seseorang, menghantar pesanan sekadar menghilangkan kebosanan dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga dapat menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan, menganjurkan aktiviti jenayah dan juga menyebarkan video lucah di sekolah. Perkara sebegini akan menyebabkan keruntuhan moral yang teruk bagi generasi muda negara ini.
Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata.
Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka.
Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.
在我的眼睛中長期的 ber'syok ' 自己......星期一 2012 年 8 月 27 日手機使用效力 SPM 效果這是我的結果!不效仿。所以,如果想 cilok bagitau 拉第一次。熙:)在從前,手機被認為是由大多數人以及其大和困難不是負擔得起的專案帶來的豪華。然而,在我們進入新千年後,手機使用者增加的 bak 蘑菇生長後雨造成價格除了其規模較小和高興地在任何地方帶來的便宜很多。現在,它不是令人驚訝的是,幾乎所有的世界人口有至少一部手機。學生在比賽中向大通複雜的事實,一些甚至已經有智慧手機留下。問題依然存在,做手機給好或負面影響的影響社會嗎? 使用手機已經是在日常交際中一定有説明的。我們不需要更多的麻煩,去別人家的方式分享或傳達資訊。不僅如此,個人安全也將更安全,因為手機便於使用的撥號警方或任何其他時間緊急。這是非常重要的尤其是對於一個學生來說是在緊急情況下的人。分享有關經驗教訓或作業的資訊也可以更輕鬆地與手機的可用性。 此外,使用行動電話還將促進更密切的關係,無論是與朋友或親戚,尤其是那些正在路上漫遊。我們可以打電話給你的親人為固化的代價,也不太貴的渴望。此外,與 3g 技術,我們可以使你所愛的人的視頻通話。這種技術對於治療渴望除了強化親屬之間的關係至關重要。 不幸的是,儘管手機的好處,有蝦背後其使用石頭後面。這是因為手機可以給使用者的負面影響。首先,大多數使用手機的人不會使用它為好。這是因為很多人使用短消息服務以發送並不是為討好別人有用的短信,發送訂單簡單地擺脫無聊,等等。這將導致浪費,從而增加生活成本。不只,學生們還可以使用手機來模仿在考試中,有組織犯罪活動,還傳播色情視頻在學校。案將造成嚴重的道德崩潰,為這個年輕的國家。 Di samping itu, sikap remaja zaman sekarang yang suka bersaing dalam mengejar kecanggihan juga amat membimbangkan. Hal ini demikian kerana bukan mereka yang menanggung kesusahan tetapi ibu bapa yang perlu bermandi peluh dalam merealisasikan hasrat anak mereka memiliki telefon bimbit canggih. Bagi golongan yang berpendapatan menengah rendah, sudah pasti perkara ini menjadi beban kepada mereka. Bagi golongan menengah atas pula, mereka sering memanjakan anak mereka dengan membelikan telefon pintar atau telefon canggih lain sehingga mengabaikan tanggungjawab demi pekerjaan semata-mata. Seterusnya, mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Hal ini demikian kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Perkara sebegini amat membimbangkan terutama kepada usahawan ataupun khidmat pelanggan yang perlu menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang dalam sehari demi pekerjaan mereka. Tuntasnya, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh kita terima daripada penggunaan telefon bimbit, kita juga akan menerima kesan negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jadi, seseorang perlu bijak dalam menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.
正在翻譯中..
![](//zhcntimg.ilovetranslation.com/pic/loading_3.gif?v=b9814dd30c1d7c59_8619)