也就是指来自行为、口说、所作、行动、作用、意志等身心活动。我们每天的行为造作,汇聚成一股极大的力量,决定一生的幸与不幸。对善恶因果产生怀疑,其实善恶因果不能只看眼前,有时好人受苦、坏人享乐,这是由于个人前世所造的业因而获得今生的果报。我们能够正见善恶业力,才能谨言慎行,免受恶报
Seseorang perlu mengetahui bagaimana kamma diperlakukan melalui jasad (body), pertuturan dan minda (mind). Melalui kefahaman terhadap kamma, seseorang mengelakkan diri daripada berdosa dan sebaliknya melakukan perbuatan yang baik. Menerusi Pandangan yang Betul terhadap kamma, seseorang dapat melihat punca dan akibat (cause and effect), timbul dan hapusnya segala benda yang bersyarat (conditioned things). Buddha adalah analitikal dalam menganalisa semua objek yang bersyarat (conditioned things) sehingga komponen-komponen dan elemen-elemen asasnya.
Kebenaran Dhamma hanya boleh diperoleh dengan Pandangan yang Betul, bukan setakat kepercayaan membuta (blind faith), pandangan yang salah spekulasi ataupun falsafah yang abstrak sahaja. Seseorang yang mempunyai Pandangan yang Betul memahami akan perbezaan dan ketidaksamaan, ketidakadilan dalam kehidupannya sekarang disebabkan oleh perbuatan yang baik dan buruknya dalam kehidupan sekarang dan sebelum ini.
Dengan itu fikiran, perbuatan dan tabiat seseorang itu akan dapat diperbaiki untuk mencorakkan kehidupannya sekarang. Selain itu, seseorang akan dapat memahami kedudukannya dalam dunia (universe) sejagat yang penuh dengan misteri dan dia akan berusaha untuk memperkembangkan kerohanian dan moralnya.