Kawan yang rapat sentiasa ceria dan gembira.Ada sahaja cerita yang ingin diceritakan kepada saya.Kami selalu berjumpa,bercerita tentang kehidupan dahulu,kini dan masa depan.Mereka semuanya berfikiran "gila-gila" tetapi baik hati.sentiasa tolong menolong jika berlaku sesuatu yang tidak di jangka antara kami.Bersama kawan biasa pula,kami hanya bercerita tentang isu isu semasa.Tidak pernah bercerita tentang keluarga,hanya bercerita biasa.Jika berjumpa dikedai minum,perkara yang dibincangkan akan habis disitu sahaja,Walaupun perbualan tadi penting.Itulah perbezaan yang ketara antara rakan yang rapat dan rakan yang biasa.