Sebagai seorang ahli farmasi, saya amat mengetahui kepentingan kesihatan dan saya akan selalu menekankan kepentingan penjagaan kesihatan kepada orang lain. Kesihatan itu adalah amat penting kerana tanpa kesihatan, seseorang itu tidak akan berasa gembira. Oleh itu, saya sanggup berbelanja satu amaun wang yang besar untuk membeli supplement kesihatan bagi meningkatkan lagi kesihatan saya dan juga ahli keluarga saya. Contoh supplement yang saya makan ialah evening primrose oil, spirulina, dan sebagainya. Saya lebih mempercayai bahawa pengelakan itu lebih penting daripada rawatan. Oleh itu, saya akan pergi ke hospital unuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sekurang kurangnya satu kali setahun. Selain itu, saya juga akan menghadiri kempen atau ceramah yang bertemakan penjagaan kesihatan. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa saya betul betul memahami cara penjagaan kesihatan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain.