Mohammad Agus - Politik Federalisme Di Malaysia
antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri sebagai asas paling utama dalam
mentadbir negara. Di Malaysia, pembahagian kuasa antarakerajaan pusat dengan
kerajaan negeri ini telah diperuntukkan dengan jelas dalam Bahagian Enam Perkara
73-958 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan. Selain itu, khusus bagi negeri Sabah
dan Sarawak, perlindungan tambahan telah diberikan kepada negeri ini seperti yang
termaktub dalam Bahagian 12,A. (Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah
dan sarawak) Perlembangaan Persekutuan.
Ringkasnya, ciri-ciri asas negara yang mengamalkan sistem persekutuan
adalah seperti berikut :
i Mempunyai dua bentuk kerajaan yang memerintah negara dan rakyat yang
sama dan setiap kerajaan pula mempunayi satu daerah di mana mereka mempunyai
kuasa dan kekuasaan yang diperolehi itu adalah terjamin.
ii. Negara federalisme ini lahir atas keinginan negeri-negeri untuk bersatu di
bawah satu perikatan. Setiap negeri yang bergabung boleh mengekalkan terus identiti
kaum dan kewilayahan mereka. Ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan
konflik kepentingan berlandaskan perkauman dan kedaerahan.
iii. Negeri-negeri yang membentukpersekutuan ini bersedia untukmengorbankan
kedaulatan mereka. Apabila sahaja persekutuan dibentuk, ia menjadi sebuah negara
yang berdaulat.
iv. Negara federalisme bukan terdiri dengan sendiri, tetapi adalah dibentuk.
Disebabkan ia mempunyai dua kerajaan yang mempunyai bidang kuasa masingmasing,
makaperlembagaanbertulis merupakan kunci penting dalam menggariskan
sempadan kuasa antara kedua-duanya. Ini berujuan supaya masing-masing kerajaan
tidak bertindak memonopli kuasa atau menindas antara satu sama lain. Sekiranya
apa-apa perubahan ke atas perlembagaan hendak dibuat, maka ia mestilah dipinda
terlebih dahulu dengan mendapat jumlah sokongan tertentu dari ahli Dewan.
Tegasnya, keagungan perlembagaan perlulah dipertahankan jika sistem persekutuan
mahu terus dikekalkan.
Di Malaysia, perhubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta
peruntukan kuasa seperti yang dimaktubkan oleh perlembagaan persekutuan adalah
berat ke sebelah pusat. Namun demikian, pembahagian kuasa perundangan seperti
yang termaktub dalam Jadual Kesembilan menunjukkan tiap-tiap kerajaan negeri
adalah bebas mengikut kuasa perundangan dan pemerintahan masing-masing.
Perkara-perkara yang penting seperti ha1 ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan
dalam negeri dan pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, perdagangan dan
perinduskian adalah tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan pusat, manakala hak
kemajuan sumber alam seperti tanah, pertanian dan perhutanan terletak di bawah
bidang kuasa kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan pusat dan negeri mempunyai