Kalau Agnes nak tahu,dispilin begitu ketat di sini.Dari segi pakaian,masa datang dan balik sekolah,hinggalah kepada tingkah laku di dalam kelas,semuanya telah ditetapkan.Apabila saya mendaftar masuk ke sekolah ini sahaja, saya di berikan senarai peraturan yang mesti dipatuhi.Kalau seseorang pelajar itu didapati melanggar disiplin sekolah (seperti tidak memakai lencana atau tanda nama) dia akan dikenakan denda sebanyak 50sen.Kalau ia melakukan kesalahan lebih tiga kali,akan dipanggil untuk berjumpa pengetua.Pendek kata, kami di sini tidaklah sebebas seperti sewaktu belajar di sekolah dahulu.Tetapi saya rasa ada baiknya disiplin ketat macam ini, tidaklah timbul banyak masalah.