Bahawa dalam suatu Kongres yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1,2,3 dan 4 Mac 1946, dihadiri oleh wakil-wakil daripada 41 buah Persekutuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu yang sebutannya ini adalah termasuk Tanah Jajahan Negeri Selat,
telah dipersetujukan dengan sebulat suara suatu ketetapan
bahawa berbagai-bagai Persekutuan Melayu
sekarang ataupun kemudiannya
diterima sebagai ahli dengan
cara yang disebutkan di belakang ini
hendaklah disatukan kepada dan
dikawal oleh sebuah pertubuhan pusat.